Pages

Thursday, March 24, 2011

Keputusan terbaik SPM Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 31,135 calon atau 94.87 peratus daripada 33,383 calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, seluruh Sabah berjaya mendapat sijil berbanding 94.46 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Datuk Dr. Muhiddin Yussin berkata, ia menunjukkan peningkatan daripada tahun 2009 iaitu sebanyak 0.41 peratus mengatasi pencapaian kebangsaan dengan 2.33 peratus.

Beliau berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon SPM di negeri ini bagi tahun 2010 amat membanggakan, yang mana jumlah calon yang memperolehi gred A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan.

“Seramai 152 calon berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 95 orang pada tahun 2009.

“Empat orang memperolehi A+ dan 22 orang memperolehi (A+ dan A) dalam semua mata pelajaran. Begitu juga dengan bilangan pelajar yang lulus semua mata pelajaran telah bertambah iaitu seramai 16,373 (49.89 peratus) berbanding 14,417 (43.93 peratus) pada tahun 2009,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2010 peringkat negeri Sabah di SM Sains Sabah, di sini, kelmarin.

Muhiddin berkata, seramai 2,468 calon sekolah di negeri ini berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C (A+ hingga C) bagi semua mata pelajaran SPM 2010 berbanding 1,946 calon pada tahun sebelumnya.

“Di samping itu, Gred Purata Negeri juga bertambah baik pada tahun 2010 iaitu 5.67 berbanding 5.87 bagi tahun 2009,” katanya.

Seramai 15 pelajar cemerlang SPM 2010 iaitu Fong Pui Wun Fiona (11A+) dari SMK Lok Yuk Likas, Arjunan A/L Selvamani (10A+) SMK Sung Siew Sandakan, Joycelyn John Lainsin (9A+1A1A-) dari SMK St. Francis Xavier Keningau, Yee Yii Ching (9A+1A1A-) dari SMK Agaseh Lahad Datu, Abigail Moh Sze Hui (9A+1A) SMK All Saints Kota Kinabalu.

Tarshandiny a/p Ramamoorthy (9A+1A) dari SMK Ken Hwa Keningau, Loo Chun Cheng (9A+1A) dari SMK Lok Yuk Likas, Aizan Maidol dan Azean Ermawaty Hazwan dari SM Sains Sabah, masing-masing mendapat keputusan 9A+, Lo Tze Zin dari SMK Sung Siew Sandakan dan Ng Yen Yen dari SM Tinggi Kota Kinabalu, masing-masing mendapat 8A+3A, Euginie Tracy Wong (8A+2A1A-) dari SMK Lok Yuk Likas, Leng Jian Wei (8A+1A1A-) dari SMK Sung Siew Sandakan, Sean Ferdinand Ng Yew Kit dan Rubinstein Sipain dari SMK La Salle Tanjung Aru, masing-masing mendapat keputusan 8A+2A-.

Muhiddin berkata dalam peperiksaan SPM 2010, sebanyak 96 mata pelajaran telah diambil oleh calon di negeri dan daripada jumlah itu 59 mata pelajaran mencapai 100 peratus dan sebanyak 71 mata pelajaran menunjukkan peningkatan berbandinga tahun sebelumnya.

Beliau berkata sebanyak 10 buah sekolah mencapai keputusan cemerlang iaitu SM Sains Sabah, SM Sains Lahad Datu, SMK Lok Yuk Kota Kinabalu, SMK Sung Siew Sandakan, SM St Patrick Tawau, SM St. Micheal Penampang, SMK Agama Inanam, SM Agama Kota Kinabalu dan SM All Saints Kota Kinabalu.

Manakala 23 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus iaitu SM Sains Sabah, SM Sains Lahad Datu, SMK Agama Inanam Kota Kinabalu, SM Agama Kota Kinabalu, SMK Agama Sandakan, SMK Agama Tun Sakaran Semporna, SM Teknik Kudat, SMKA Tun Datu Mustapha Papar, SMK Kemburongoh Ranau, SMK Agama Limauan Kimanis, SM Agama Islamiah Tawau, SM Teknik Likas.

SMK Perempuan Sandakan, SMK Agama Tun Said Kota Belud, SMK Agama Ranau, SM Teknik Lahad Datu, SM Vokasional Beaufort, SM St. James Tenghilan Tamparuli, SMK Tenghilan Tuaran, SMK Terusan Sugut Beluran, SM Saint Anthony Tenom, SMK Sikuati 2 Kudat dan SM Saint John Beaufort.
 

p.s: Congrats to all the SPM'er and thanks also to MOE not forgotten the teacher who make the dream of their student came true. Keputusan SPM tahun ini merupakan keputusan yang terbaik dalam masa 4 tahun kebelakangan ini. Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Harapan untuk masa akan datang agar lebih banyak lagi para pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang terutamanya diluar bandar.

No comments:

Post a Comment